Karya Philo-Sophia

play to roll the music
karya
philo-sophia
Thursday, July 8, 2021,1:29 PM
Identify TWO of your own natural perspectives of philosophy & With this identity, what is your plan to become a teacher with strong philosophy? How do you think you can achieve becoming one?



2 Perspektif Falsafah terhadap diri saya adalah :




Apa yang dapat saya kenalpasti terhadap diri saya dalam perspektif "3T Islamic Philosophy" adalah saya sedang merancang untuk menjadi seorang pendidik oleh itu, pada masa sekarang saya sedang menuntut ilmu dalam bidang Pendidikan, oleh itu saya akan menghadiri kuliah bagi kursus yang saya ambil, membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah, mengulangkaji pelajaran terhadap apa yang saya pelajari dan bersiap sedia untuk menduduki perperiksan akhir bagi hujung semester. Saya juga harus menjalankan kewajipan saya sebagai seorang yang beragama Islam contohnya seperti solat 5 waktu. Setelah saya berusaha saya haruslah betawakal kepada Allah SWT. Apabila nanti saya berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang, saya akan berusaha untuk mencari pekerjaan yang saya inginkan iaitu guru. Jika saya direzekikan untuk menjadi seorang guru saya haruslah mempunyai perancanagn dan matlamat yang jelas terhadap kerjaya tersebut serta bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab tersebut dan jika gagal tidak berputus asa dan akan cuba lagi sehingga berjaya dan apabila berjaya tidak pula berhenti melakukan perkara tersebut dan menyampaikan pula ilmu kepada orang lain. Semua perkara tersebut bukan sahaja kebaikan untuk diri sendiri malah untuk orang sekeliling, keluarga, negara dan Allah SWT.

Untuk perspektif "4 types of Western Philosophy" pula, saya mengenalpasti saya kuat kepada Idealisme dan juga Eksitensialisme. Kenapa Idealisme adalah, saya seorang yang sangat suka mendengar cerita tentang pengalaman dari orang lain, apabila saya mendengar saya juga dapat membayangkan perkara tersebut secara semulajadi. Saya boleh terbawa emosi selepas mendengar atau melihat sesuatu contohnya yang melibatkan pengorbanan ibu bapa, nasib golongan yang kurang bernasib baik, penderaan kanak-kanak atau haiwan, drama yang sedih dan sebagainya. Selain suka mendengar, saya sendiri suka dan mudah untuk bercerita dan bercakap tentang apa yang pernah saya pelajari, alami  serta suka berikan contoh. Saya juga selalu membayangkan terlebih dahulu apa yang ingin saya lakukan. Seterusnya, mengapa Eksistensialisme adalah, saya selalu mempunyai rasa seronok jika saya dapat menonjolkan diri kerana dengan banyak menonjolkan diri akan membuatkan diri saya bersifat ceria, happening, dan membuatkan lebih ramai kenalan. Saya juga suka aktiviti seperti berniaga terutamanya ketika mempromosikan produk jualan. Saya sangat bersedia jika diberikan peluang untuk  menjadi apa-apa bahagian dalam kepimpinan terutamanya yang aktif.









Pertama sekali, setelah saya mengenalpasti perspektif falsafah pada diri saya, saya yakin dengan adanya ciri Idealisme dalam diri saya membolehkan saya untuk menjadi seorang guru yang dapat menjalankan cara pembelajaran yang kreatif dan menarik melalui kebolehan saya untuk dapat bercerita tentang pengalaman yang berkaitan dengan pembelajaran yang boleh mereka pelajari dan juga membantu untuk pelajar memahami apa yang saya akan ajarkan kepada mereka secara jelas dan terperinci. Saya juga percaya saya dapat memikirkan dan menjadi lebih kreatif apabila melakukan proses penilain terhadap murid agar kesemua murid dapat perform mengikut kelebihan masing-masing. Seterusnya, ciri Eksistensialisma yang saya ada membolehkan saya menjadi seorang guru yang berani dan berkeyakinan sewaktu mengajar, iaitu tidak malu untuk bercakap di hadapan murid atau khalayak ramai malah boleh menarik tumpuan pendengar secara efektif. Selain ingin menjadi guru teori atau kemahiran, saya juga ingin menjadi seorang guru yang boleh memberi tunjuk ajar dalam membentuk kepimpinan seperti menjadi penasihat untuk pelajar yang mempunyai jawatan sebagai pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya, pengawas koperasi, pengawas pusat sumber, ketua atau penolang kelas atau yang lebih tinggi lagi iaitu ahli MPP. 

Berdasarkan rancangan saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai falsafah yang kuat yang seterusnya adalah saya telah berada di peringkat yang kedua iaitu telah melepasi peringkat yang pertama iaitu menanamkan niat mengapa saya ingin menjadi guru. Jadi, saya sekarang di peringkat yang kedua iaitu saya sedang menimba ilmu supaya saya dapat menjadi orang yang berilmu pengetahuan. Saya sedar saya masih mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui untuk menjadi seorang guru yang mempunyai kualiti dan berfalsafah. Oleh itu, saya tidak akan sesekali menoleh kebelakang dalam perjuangan ini. Saya akan sentiasa berusaha untuk menjadikan niat saya menjadi kenyataan dan saya percaya bahawa kita sebagai hambaNya hanya mampu untuk merancang, dan hanya Allah SWT yang dapat menentukan.