Karya Philo-Sophia

play to roll the music
karya
philo-sophia
Friday, April 30, 2021,12:32 AM
My views on educational philosophy?






Sejauh yang saya ingat, saya selalu mempunyai keinginan yang kuat untuk belajar falsafah. Beberapa nama yang menarik perhatian saya adalah nama khas yang sering anda dengar selama ini, seperti Phytagoras, Socrates, Plato, Aristotle, Cicero, Thomas Hobbes, Immanuel Kant, Thomas Aquinas, John Wild dan Jond Dewey. Seterusnya saya sebutkan juga nama tokoh falsafah Islam seperti Al-Khindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Al-Ghazali. Namun, pada sebelum saya menyambung pelajaran diperingkat universiti iaitu sebelum timbulnya minat ini, saya tidak pernah peduli untuk membaca satu buku atau mencari di laman sesawang mengenai falsafah oleh mana-mana tokoh tersebut. Motivasi untuk melakukannya adalah perasaan yang selalu ada secara tidak langsung, akibatnya ia tidak membuahkan hasil. Pada masa yang sama, saya juga takut salah menafsirkannya. Akibatnya, keraguan terhadap teori-teori yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tersebut mungkin akan menyukarkan saya untuk memahami falsafah.

Setelah membuat sedikit pembacaan pengenai antara tokoh-tokoh falsafah yang saya senaraikan diatas saya suka dengan maksud falsafah yang dibawa seorang tokoh falsafah Islam iaitu Al-Farabi yang mendifinisikan falsafah sebagai satu ilmu yang menyelidik hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada penentangan antara falsafah Plato dan Aristotal yang lain pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.



         
                         




Abu Nars Al-Farabi adalah salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Beliau banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Disebabkan usahanya itu, beliau dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Beliau juga antara yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. 

Pada perinkat yang seterusnya, pandangan saya kepada falsafah terutamanya falsafah pendidikan mula menampakkan pandangan itu berubah kearah peningkatan kefahaman akibat sesi kuliah subjek falsafah sehingga minggu ke 3 yang saya ikuti bersama pensyarah UTHM bagi subjek Philosophy adalah Dr Sofurah. Penerangan dalam sesi kuliah itu menyentuh tentang falsafah pendidikan kebangsaan, cabang falsafah dan juga aliran falsafah. Oleh itu, falsafah pendidikan kebangsaan menjadi lumrah bagi saya kerana topik tersebut sebenarnya bukanlah topik yang terasing tetapi merupakan satu topik yang bergabung bersama topik-topik falsafah dibawahnya.


Dari sudut lain, falsafah juga mempunyai cabang-cabangnya iaitu melalui bahan pembelajaran yang disediakan penyarah saya itu, saya mendapati falsafah ini selain ditakrifkan sebagai cintakan hikmah, ia juga ditakrifkan sebagai usaha mencari yang hak dan kebenaran atau usaha untuk mengetahui sesuatu yang wujud. Ini merupakan ilmu yang membahaskan tiga masalah pokok (asal) iaitu wujud, pengetahuan dan masalah nilai (Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany, 1979). Ketiga-tiga masalah tersebut berkait rapat dengan cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi.

Metafizik
Mengkaji tentang perkara-perkara realiti dan selalu berhubung dengan perkara-perkara di alam ghaib serta kajian berkaitan kewujudan sesuatu sama ada wujud umum atau wujud mutlak.

Epistemologi
Mengkaji tentang pengetahuan yang tertumpu kepada pengetahuan manusia dan memberi perhatian kepada konsep-konsep psikologi seperti perasaan, pengamatan, pembelajaran dan pengukuhan.

Aksiologi
Fokus kepada persoalan nilai dan sistem nilai dan persoalan tentang isu peradaban yang mengawal integriti manusia dan kemanusiaan. Ia juga merupakan ilmu yang mempelajari hakikat dan manfaat yang sebenarnya dari pengetahuan.



Suka untuk saya kongsikan juga disini pandangan saya terhadap Tun Dr. Mahathir pada tahun 1979 yang pada ketika itu beliau merupakan menteri pendidikan Malaysia dan beliau telah mengusulkan bahawa satu falsafah pendidikan perlu ada dalam sistem pendidikan di Malaysia. Usul tersebut mengambil masa selama 9 tahun dan barulah terbentuk satu falsafah yang dinamakan falsafah pendidikan negara (1988). Kemudiannya berlaku sedikit perubahan iaitu sebanyak tiga perkataan dan juga nama daripada falsafah pendidikan negara kepada falsafah pendidikan kebangsaan yang telah diwar-warkan pada 1996.

Sehigga kini negara Malaysia masih berpegang kepada falsafah pendidikan kebangsaan sebagai satu acuan asas bagaimana negara kita mengharapkan sistem pendidikan di Malaysia ini dari peringkat sekolah rendah sehinggalah peringkat universiti untuk hasilnya menjadi seperti apa. 



Falsafah Pendidikan Kebangsaan 



                         Falsafah Pendidikan Barat                                      Falsafah Pendidikan Islam



Sebagai bayangan untuk lebih memahami pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan ini kita cuba kembali semula pada sebelum tercetusnya idea dari Tun Dr Mahathir yang mengusulkan sistem pendidikan negara perlu mempunyai satu falsafah. Pada ketika itu negara kita telah pun mempunyai sistem pendidikan yang dibawa oleh British secara besar-besarannya sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu. Oleh itu, sistem pendidikan yang berlaku adalah tidak formal dan kaum Melayu yang boleh dikatakan kesemuanya adalah beragama Islam pula ada yang belajar di madrasah-madrasah dan ia juga secara separa atau tidak formal. Pada masa yang sama British bukan sahaja membawa sistem pendidikan, tetapi membawa sekali sistem-sistem yang lain seperti sistem ekonomi, sistem training yang pada waktu itu mereka bawa bersama kaum China dan India untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Keadaan tersebut merupakan sebab Tun Dr. Mahathir mengusulkan sistem pendidikan negara yang kemudiannya telah berubah nama kepada sistem pendidikan kebangsaan dimana ia merangkumi dua konsep yang besar iaitu sistem pendidikan barat dan juga sistem pendidikan Islam.

Kedua-dua sistem ini bukanlah bertujuan untuk mengimbang antara dunia dan akhirat, dan antara barat dan Islam tetapi kita semua adalah kearah falsafah pendidikan Islam iaitu kearah kepercayaan dan kepatuahn kepada Tuhan kerana semua rakyat Malaysia beragama dan setiap agama mengajar nilai-nilai murni yang sama. Mengapa falsafah pendidikan barat ada bersama adalah kerana ia telah pun ada dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka lagi dan kita telahpun mengikutinya. Daripada itu, kita hanya menggunakannya tetapi kita membuat penambahbaikan sehingga falsafah pendidikan kebangsaan ini terbentuk cantik dan sempurna oleh golongan cendekiawan, golongan bijaksana dan bukan sebarangan orang. 

Seterusnya, apabila kita lihat kepada apa yang terkandung pada falsafah pendidikan Islam iaitu three " T " Islamic philosophy :

Ta'lim
Proses mempelajari ilmu dimana guru dan pelajar peroleh pertambahan nilai yang baik dalam hidup yang bukan sahaja untuk diri tetapi untuk masyarakat sekeliling. (Bernard 1987 & Bin Omar 1993)

Ta'dib
Pendidikan yang berfokuskan disiplin minda dan rohani iaitu meletakkan tindakan sesuai dengan keadaan. (Al-Attas 1985)

Tarbiah
Proses mengembangkan dan bimbingan, meliputi jasad, akal dan jiwa yang dilakukan secara berlanjutan dengan tujuan akhir pelajar mendewasa dan hidup secara mandiri di tengah masyarakat. (Bin Omar 1993, Ibnu Manzur 2000, Nasr 1987)


Pada tahap ini iaitu tahap apabila saya direzekikan untuk membaca dan memahami kandunagn yang ada di dalam falsafah pendidikan Islam ini banyak membuatkan saya berfikir lebih kepada apa yang terjadi di dunia ini telah diatur cantik oleh Tuhan dan apa yang terlihat atau dirasai kita mempunyai banyak hikmah disebaliknya walaupun sekecil-kecil perkara. Falsafah pendidikan Islam ini mengajar kita untuk menjadi seorang yang melihat kepada alam, melihat kepada sekeliling dan sentiasa mengaitkan kenapa kita bertemu dengannya. Kesemua itu tadi pasti ada sebabnya yang tidak lain tidak bukan adalah hanya untuk kepatuhan kita kepada Tuhan kita. Kita sendiri harus berfikir, mengatur dan membuat pilihan, tentukan jalan bagaimana untuk menjumpai arah untuk patuh kepada Tuhan. Jadi inilah maksud falsafah pendidikan Islam dan secara langsung juga maksud kepada falsafah pendidikan kebangsaan dimana di dalamnya ada kepercayaan dan kepatuhan keapada tuhan. Setiap usaha yang kita buat yang membolehkan kita seimbangkan jasmani , emosi, rohani, intelek dan juga apa sahaja perjalanan yang kita lalui untuk seimbangkan JERI itu haruslah ia berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan jalannya pula mestilah berasaskan kepatuahn kepada Tuhan. 


Dua gambar ini adalah sebagai hiasan sahaja.


Sedikit perkaitan yang ingin saya  kongsikan adalah melalui kisah seorang gadis Islam yang berkerjaya sebagai pramugari dan memerlukan dia untuk berpenampilan dan berpakaian seperti yang ditetapkan oleh syarikat itu. Setelah beberapa tahun berkerja sebagai pramugari, akhirnya dia membuat keputusan untuk berhenti dari kerjaya tersebut. Gadis itu menyatakan walaupun kerjaya itu adalah satu kerjaya yang baik dan hasil rezeki yang diperoleh juga adalah halal namun sebagai seorang wanita yang beragama Islam, pemakaiannya sewaktu bekerja tidak selaras dengan kepatuhan kepada Tuhannya. Jadi itulah sebab dia membuat pilihan untuk mencari kerjaya lain.

Sekarang saya akan bawakan kepada 4 types of Western Philosophy dan apa yang terkandung didalam nya :

Idealism
Reflection - Inspiration from mastrepiece, superheroes, classical drama, legend.

Pragmatism
Experiment different role of stage play / manuscript.

Existentialism
Emphasize individual existence in stage play.

Realism
Recreate experience in stage play (drama).




Jadi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada empat idea atau perspektif yang dilihat dalam pendidikan. Empat perkara tersebut adalah cara orang barat berfikir tentang pendidikan. Terdapat  golongan yang mengatakan pendidikan ini haruslah dipelajari daripada perkara-perkara yang telah berlaku dalam dunia contohnya sejarah dimana golongan ini berfikir dari perspektif idealisme, mereka juga mengatakan bahawa apa yang berlaku dalam dunia kita sebelum ini harus diambil iktibar iaitu apa baik darinya kita harus mengambil inspirasi. Dalam pendidikan, perkara-perkara seperti itu harus diajar kepada generasi baru iaitu pelajar untuk berfikir bagaimana perkara-perkara yang telah berlaku boleh dijadikan pengajaran dan inspirasi daripadanya dan dimasukkan dalam stratergi pendidikan. Melalui itu akan terhasilah generasi yang pandai berfikir dan pandai mengambil iktibar. Golongan idealisme ini mereka adalah golongan yang suka melihat kepada sejarah, perkara-perkara klasik, perkara-perkara yang melihatkan banyak pemikiran supaya mereka boleh mengambil pengajaran dan inspirasi daripada perkara itu contohnya seseorang yang suka membaca novel, mereka menyukainya kerana mereka suka membanyangkan dan mengimajinasikan novel itu berlaku secara langsung dalam fikirannya  dan mentafsirkan untuk diambil pengajaran dan inspirasi dari watak-watak dalam novel yang mereka baca sehingga kadang-kadang mereka boleh terpengaruh dengan watak tersebut kerana mereka mempunyai refleksi dan mereka dapat membayangkan apa yang ada didalam situasi watak itu.  Orang yang suka bercerita mengenai pengalaman mereka dan pengalaman orang lain, ketahuilah mereka kuat kepada perspektif ini.




Untuk pragmatisme pula, orangnya seperti mereka yang memerlukan perbuatan yang melibatkan kaki tangan iaitu jika mereka tidak buat maka mereka tidak faham atau mereka tidak dapat faham jika hanya berdasarkan penceritaan contohnya seseorang yang suka berada di makmal , bertukang, suka bereksperimen dan suka perkara-perkara kemahiran.




Seterusnya, eksistensialisme ini orangnya suka menonjolkan diri, mudah untuk bertanya, mudah untuk memberi pendapat apabila ditanya, dan suka untuk mencuba apa-apa peluang yang ada. Golongan ini biasanya akan dikenali ramai kerana mereka banyak menonjolkan diri, berani menonjiolkan diri dan berkeyakinan tinggi. Mereka akan merasa dihargai sekiranya mereka berbuat demikian dan mereka juga boleh memimpin. Sebagai contoh jika dihadapan kamera atau khalayak ramai dia tidak malu, mereka menjadi diri mereka dan mereka secara semulajadi suka berkongsi apa yang mereka ada, apa yang mereka fikir, semua itu bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tetatpi itu adalah berlaku secara semulajadi, salah atau betul menjadi nombor dua untuk mengkategorikan mereka tetapi yang penting iaitu aspek yang pertama adalah mereka boleh bercakap, jadi itulah dia golongan eksistensialisme.




Untuk realisme pula, orangnya tidak suka hidup dalam suasana fantasi, mereka hidup berdasarkan realiti, biasanya mereka lebih praktikal dari golongan yang lain, dia hidup berdasarkan apa yang dia ada dan jika realitinya dia tidak ada sesuatu itu maka dia tidak akan lakukan. Sebagai contoh yang mudah, seseorang itu berpendapat bunga hidup tidak sesuai dijadikan hadiah kerana akhirnya bunga itu akan mati dan tidak membawa manfaat dan antara hadiah yang baik adalah seperti emas kerana secara logiknya emas itu akan menjadi berguna. Contoh lain seperti, jika seseorang itu menerima hadiah hari lahirnya seperti kek itu adalah suatu yang tidak memberi impak namun jika pada ketika itu dia kehilangan sesuatu dan hadiah yang dia terima adalah dapat mengganti apa yang dia hilang maka itu akan memberi impak yang besar buat mereka.


Jadi sekarang barulah saya sendiri terbuka mata dan berfikir setiap apa yang saya lalui semasa saya belajar rupa-rupanya kepelbagaian aktiviti dan cara guru saya mengajar adalah menunjukkan mereka sangat bijak membuat stratergi pengajaran kepada pelajar dengan cara mereka mengenalpasti pelajar berdasarkan ilmu falsafah ini. Oleh itu, falsafah pendidikan barat ini membantu untuk menghasilkan stratergi pengajaran dan pembelajaran yang baik.