Karya Philo-Sophia

play to roll the music
karya
philo-sophia
Sunday, June 20, 2021,12:15 AM
Who is the best teacher you have ever known? What qualities related to philosophy that made this person a great teacher? Identify the teacher’s natural perspectives in philosophy.

 

Dengan rasa berbesar hati saya perkenalkan Guru Terbaik
yang pernah saya kenali adalah :


1



Dimulakan dengan Cik Oh Phaik Leng, beliau membuat saya sehingga ke saat ini menganggap tiada istilah perkauman atau dikenali sebagai racist antara pengajar dan pelajar sekiranya mereka berlainan bangsa dan agama kerana walaupun beliau seorang yang berbangsa Cina dan beragama Budha, beliau sangat menghormati dan menyayangi setiap pelajarnya yang berlainan bangsa dan agama serta beliau lah yang sentiasa berpesan kepada kami untuk sentiasa menghormati terhadap perkara-perkara tersebut dan beliau juga selalu menghulurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama. Cara beliau mengajar yang bagi saya sangat unik, kerana setiap kali saya tahu saya akan menghadiri kelasnya saya akan berasa bersemangat dan membuat persediaan yang baik seperti jika ada tugasan yang perlu dihantar saya akan selesaikan, jika ada sesuatu yang perlu dibawa saya tidak lupa untuk bawa. Perkara tersebut terjadi kerana beliau merupakan seorang yang tegas apabila memberi sesuatu tugasan kepada pelajar sehingga tiada alasan yang tidak munasabah akan diterima dan setiap kesalahan akan didenda walaupun mempunyai alasan yang munasabah. Ketika sesi pengajaran teori beliau, saya dapat melihat betapa bersungguhnya persediaan beliau untuk mengajar seperti bahan nota yang cukup diberikan, beliau menyediakan Powerpoint yang menarik disertakan dengan video yang dapat menguatkan lagi pemahaman pelajar. Tiada istilah mengantuk dan bosan semasa beliau mengajar, kerana setiap pelajar akan diminta untuk membaca, bercakap atau sentiasa berlaku sesi soal jawab berkenaan pembelajaran pada ketika itu. Untuk penghasilan tugasan seperti folio, kertas kerja, atau tugasan yang melibatkan format penulisan yang betul, beliaulah guru pertama yang membuka mata saya untuk menghasilkan tugasan mengikut format yang betul seperti dari muka hadapan tugasan hingga ke isinya hinggalah ke bahagian lampiran pasti harus betul jenis tulisan, format penulisan, spacing, pembuatan graf, coasting, rujukan, lampiran dan banyak lagi. Pada mulanya saya pernah merasakan beliau seorang yang cerewet dan menyusahkan namun selepas saya nampak sendiri hasil kerja penulisan dari rakan-rakan atau pelajar yang bukan belajar dibawahnya, barulah saya dapat nampak dan menilai bertapa berkualitinya hasil kerja saya berbanding mereka. Beliau  juga sering menyatakan walaupun beliau mengajar pelajar kemahiran Bakeri dan Pastri, namun beliau juga mahu pelajar kemahiran Bakeri dan Pastri ini dapat menguasai ilmu teori dengan cemerlang. Seterusnya, kerana beliau seorang guru kemahiran, pada setiap kelas amali, kebiasaannya sehari sebelum kelas amali, beliau akan mengingatkan pelajar supaya membuat persediaan yang sepatutnya seperti, ketepatan masa untuk tiba di bengkel amali, pakaian yang betul, peralatan yang perlu dibawa bersama dan nota ringkas jika perlu. Sekiranya gagal berbuat demikian seperti walaupun terlupa membawa apron, terlupa membawa kain lap peralatan, anda jangan harap untuk melakukan aktiviti amali pada hari itu dan akan didenda untuk hanya berada diluar bengkel amali yang kadang panas, lari sekeliling bengkel, menyalin nota berganda-ganda mengikut jumlah yang ditetapkan atau membuat aktiviti pembersihan. Dengan berpakaian chef apabila didenda seperti itu sangat-sangat menjadi pengajaran buat sesiapa yang melaluinya. Kelas amali merupakan kelas yang selalu ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana pelajar dapat membuat aktiviti kemahiran Bakeri dan Pastri yang semestinya menyeronokkan, maka sangat rugi jika tidak bersedia dengan baik. Segala usaha beliau dapat diperlihatkan lagi apabila beliau dilantik menjadi ketua kursus untuk Kursus Bakeri dan Pastri bagi semua Kolej Vokasional di Malaysia dan Kolej Vokasional Kuala Kangsar memeroleh pencapaian terbaik untuk kursus Bakeri dan Pasrti di Malaysia.

Apa yang dapat saya kenal pasti terhadap perspektif beliau dalam perspektif "3T Islamic Philosophy" adalah beliau seorang yang berilmu pengetahuan tinggi terutamanya dalam bidang Hospitaliti yang dapat saya lihat terhadap kejayakan dan prestasi beliau. Seterusnya ilmu yang beliau ada dimanfaatkan dan dikongsi kepada guru-guru lain serta pelajar bukan tujuan sebagai pengajar semata-mata, malah beliau menganggap itu sebagai sumbangan dari beliau kepada guru-guru serta pelajar sehingga mereka dapat menemukan jalan untuk diri mereka memperoleh apa yang terbaik untuk diri mereka. Beliau yang tidak racist terhadap mana-mana bangsa atau agama membuatkan ilmu yang disampaikan ikhlas dan ramai yang telah berjaya disebabkan ilmu yang dicurahkan. 

Dalam persperktif "4 types of Western Philosophy" pula, saya mengenalpasti beliau kuat kepada Idealisme dan Pragmatisme. Kenapa Idealisme adalah, semasa dalam pengajian saya bersama beliau, beliau seorang yang suka bercerita tentang pengalaman beliau dan pengalaman tersebut dapat dikaitkan dengan apa yang akan diajarkan contohnya, ketika beliau mengajar tentang pembuatan French Pastry, beliau juga menceritakan pengalaman beliau belajar mengahasilkan French Pastry bersama chef yang terkemuka atau beliau akan menceritakan pengalaman beliau menjadi juri utama untuk menilai French Pastry dalam sesuatu pertandingan. Seterusnya, kenapa Pragmatisme pula adalah, sangat jelas apabila setiap kali sewaktu kelas amali, beliau tidak hanya menunjukkan cara untuk melakukan sesuatu produk di whiteboard semata-mata, namun beliau akan melakukan demonstrasi kepada pelajar terlebih dahulu atau meminta volunteer dari pelajar untuk mereka lakukan demostrasi untuk membuat sesuatu produk dengan arahan beliau agar pelajar yang lain dapat sama-sama melihat dan belajar serta lebih faham.

Selama saya belajar bersama beliau, saya sedar saya telah menjadi seseorang yang sangat berminat tentang ilmu kemahiran Bakeri dan Pastri sehingga saya dapat menghasilkan pelbagai jenis produk bakeri, dessert dan sebagainya dengan mudah dan inn shaa Allah menjadi dan sedap. Saya juga mendapati saya dapat menggunakan pengalaman belajar yang saya ada untuk menghasilkan makanan yang kreatif atau membuat inovasi kepada sesautu makanan dan suka memberi idea kepada orang sekeliling.









2



Di teruskan pula tentang En. Ahmad Rafaie, beliau adalah seorang guru yang selayaknya dan tidak perlu ragu untuk memilihnya dalam membentuk pelajar agar berkebolehan dalam memimpin dan membentuk meningkatkan keyakinan pelajar. Saya direzekikan oleh Allah SWT menang dalam bertanding untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk tahun 2015/2016 dan dibawah pimpinan beliau dimana 2 tahun tersebut merupakan tahun terakhir saya daripada 4 tahun belajar di KVKK. Saya juga dipilih beliau untuk menjadi ketua bagi Exco Keagamaan dan Kerohanian dan mempunyai 4 orang ahli dibawah. Beliau adalah seorang guru yang saya lihat jika ingin melakukan sesuatu pasti akan dilakukannya tidak kira perkara kecil atau besar dan hasilnya sangat luar biasa. Saya sendiri dapat melihat ketika MPP dipimpin dibawahnya, barulah terlihat tugas sebenar MPP itu berfungsi dengan baik iaitu sebagai wakil pelajar dalam membantu pihak kolej meningkatkan nama kolej dan menyelesaikan masalah serta mewujudkan pelbagai program menarik untuk warga KVKK. Kerana semasa MPP dipimpin oleh guru lain, saya hanya melihat MPP itu tugasnya sebagai pengawas yang menjaga pagar kolej menanti pelajar masuk lewat atau membuat spot check. Namun segalanya berubah menjadi lebih baik selapas beliau memimpin barisan MPP. Tugas tetap yang beliau amanahkan kepada kami adalah, setiap hari isnin pagi iaitu MPP harus mengendalikan majlis perhimpunan rasmi KVKK dan pada setiap hari jumaat  pagi MPP harus mengendalikan majlis bacaan Yassin. Tugas besar yang seterusnya adalah mengendalikan majlis sambutan hari guru, hari kemerdekaan, forum perdana diambang ramadhan, aktiviti MPP bersama orang awam melalui edaran bubur lambuk, aktiviti pilihan raya untuk bakal mpp seterusnya, perlawanan bowling dan badminton bersama keluarga MPP, majlis makan malam bersama MPP, sesi orientasi pelajar baru, menjayakan bilik MPP, mengadakan kempen menutup aurat, dan mengajukan masalah pemakaian tudung untuk perempuam supaya tidak perlu untuk dimasukkan atau dikemaskan ke dalam baju koperat kolej kerana menyebabkan terdedah bentuk badan serta banyak lagi. Setiap aktiviti yang dijalankan tidak pernah sesekali beliau meninggalkan kami malah beliaulah yang sentiasa memperbaikkan idea kami dan menunjuk ajar cara yang terbaik untuk membuat sesuatu agar perfrom habis-habisan. Ketegasan dan semangat yang ditunjukkan beliau dalam menyampaikan ilmu tentang pengaturan majlis sememangnya membuatkan MPP tidak memandang remeh atau memandang mudah untuk menjalan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Jika beliau melihat ada ahli MPP yang tidak menunjukkan minat atau serius dalam menjalankan tugas dan amanah, beliau tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatan mereka dari MPP. Selain itu, beliau sangat mesra bersama ahli MPP, kemesraan itu seperti bagai sebuah keluarga yang sama-sama berkongsi masalah dan kejayaan, beliau juga sering berpesan untuk menjaga satu sama lain sehingga kami semua ahli MPP menjadi terlalu rapat dan keakraban itu pernah dicemburui oleh guru dan pelajar lain. Namun, tidak sah jika disebalik yang manis itu tidak pernah ada pahitnya, semua ahli MPP juga pernah merasai segala teguran pedas oleh beliau dan akhirnya itulah yang menjadi pembakar semangat untuk saya dan juga ahli MPP yang lain. 

Apa yang dapat saya kenalpasti terhadap beliau dalam perspektif "3T Islamic Philosophy" adalah beliau mempunyai banyak pengalaman dalam melaksanakan program atau majlis. Beliau memilih untuk mencurahkan ilmu yang beliau ada kepada pelajar melalui pimpinan beliau terhadap MPP KVKK. Walaupun tugas memimpin ini semua ketahui bukanlah sesuatu tugas mengajar semata-mata, namun ia merupakan amanah iaitu bukan mudah untuk digalas. Walaupun beliau sedar betapa leceh dan besarnya tugas memimpin dalam membentuk pemimpin namun beliau tetap bersemangat memimpin ahli MPP sehingga berjaya menaikkan nama Kolej dan juga membentuk pelajar yang tidak pernah ada pegalaman memimpin hinggalah mereka terbentuk kearah individu yang boleh memimpin. Kesemua kejayaan itu beliau tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan tetapi yang hanya diharapkan dapat memberi manfaat kepada ahli MPP dan menjadi inspirasi kepada pelajar lain.

Untuk perspektif "4 types of Western Philosophy" pula, saya mengenalpasti beliau kuat kepada Eksistensialisme dan Idealisme. Kenapa Eksistensialisme adalah, semasa saya bersama dibawah kepimpinan beliau, beliau sentiasa volunteer dirinya dalam menguruskan majlis-majlis atau program-program yang besar yang diadakan di kolej supaya beliau dapat memberi peluang kepada ahli MPP yang dipimpin untuk mengambil tugas tersebut untuk dijadikan sebagai satu pengalaman. Walaupun kadangnya ada segelintir guru malah pelajar yang pernah mengkritiknya dan ada yang tidak bersetuju dengan aktiviti yang diusahakannya dalam sesuatu perkara yang dilakukan di kolej ataupun kolej kediaman namun beliau tetap berkeyakinan dan membuat penambahbaikan diatas kekurangan malah berterusan memberi semangat kepada ahli MPP. Selanjutnya, mengapa Idealisme adalah, untuk menjayakan program atau majlis, sudah pastinya memerlukan pimpinan dari seseorang yang berpengalaman dan sesorang yang mempunyai idea yang kreatif agar program atau majlis tersebut berjaya dan penuh dengan kelainan. Oleh itu, beliaulah yang telah berjaya memimpin ahli MPP agar dapat menjayakan sesuatu majlis dimana saya sendiri pernah dipimpin dan dibimbing beliau untuk mengadakan sebuah program yang besar, beliau tahu apa yang perlu dibuat, beliau juga tahu apa yang perlu dielakkan serta beliau mempunyai idea untuk dijadikan sebagai back up plan jika mengalami sebarang halangan.

Sepanjang bersama kepimpinan beliau saya telah sedar bahawa saya telah berubah hampir 360 darjah menjadi kearah yang lebih baik antaranya saya menjadi orang yang lebih berkeyakinan, tidak malu untuk bercakap dihadapan ramai dan menjalankan amanah dengan baik dan berkesan serta saya tidak malu atau takut untuk menjadi pemimpin jika diberikan peluang lagi.