Friday, April 16, 2021,10:05 AM
What was my initial impressions on Philosophy ?
What was my initial impressions on Philosophy ?
👆Apa tanggapan awal tentang Falsafah ?
Sejujurnya tanggapan awal saya kepada Falsafah adalah ia merupakan sebuah subjek yang saya harus ambil dan pelajari untuk pengajian Ijazah saya. Hakikatnya ia memang menjadi satu subjek namun subjek ini memerlukan penghayatan untuk lebih memahami apa disebalik perkataan falsafah itu sendiri. Suka saya katakan bahawa saya juga memandang falsafah ini sebagai satu kepentingan dalam membentuk disiplin seseorang.
Melalui satu perkataan yang bagi saya sangan cantik dan unik iaitu "Philosophia" (Falsafah) itu sendiri telah memberi makna cinta (philo) hikmah (sophia) iaitu cintakan hikmah. Jadi apakah pula yang dimaksudkan dengan cintakan hikmah ? Kerana itu lah pandangan awal saya adalah berkaitan membentuk disiplin seseorang itu dimana sebuah jalan untuk membantu manusia perfikir dengan jujur dan menjadi lebih teliti dengan makna hidup yang dapat menentukan penghidupan yang lebih tinggi dan mulia. Falsafah juga membantu masusia berfikir secara kritikal dan logik sehingga mereka menemui penjelasan tentang perkara-perkara yang kabur melalui penyelidikan dan pengalaman.
Suka untuk saya sertakan disini bahawa perasaan dan keiinginan saya untuk mempelajari subjek falsafah ini semakin tinggi dan saya juga percaya subjek falsafah ini amat membantu pelajar dalam membentuk mereka kearah yang berkualiti.